Thursday, November 27, 2008
mmm...ak jumpe ayat2 ni da lame da....ak simpan lam notebook...tuk wat renungan...now...
ak bg kt korng...renung renungknlh..
Kecantikan lelaki??
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal
tetapi pada murni rohani
Lelaki yang cantik adalah :
1)Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2)Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3)Lelaki yang menerima madu setelah menerima racun
4)Lelaki yang tenang dan lapang dada
5)Lelaki yang baik sangka
6)Lelaki yang tak pernah putus asa
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan
Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad S.A.W. adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki
Kegagahan wanita???
Kegagahan seorng wanita bukan pada pejal otot badan
tetapi pada kekuatan perasaan
Perempuan yang gagah adalah :
1)Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2)Perempuan yang tidak takut kepada kemiskinan
3)Perempuan yang tabah menaggung kerinduan setelah ditinggalkan
4)Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman
Seluruh kegagahan yang ada pada Sayidah Khadijah R.A. adalah kegagahan sempurna bagi seseorng perempuan
Sabda Rasulullah S.A.W. :-
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
Surah Al-Ahzab ayat 71 :
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu.
Dan barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya,
maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar"
Moga-moga menjadi renungan yang boleh membimbing kita semua...
Amin...
Sesungguhnya perkara-perkara yang baik itu akan menghapuskan keburukan..
Demikianlah peringatan kepada orng yang mahu beringat...
Bila ak baca..terlintas lam fikiran ak...mmm, maybe nilah sbb2nye kenapa lelaki jdi ketua keluarga, yang punye hak atas perkataan cerai...yang punya tanggungjawab menyara dan menjaga serta melindungi...maybe nilah sbb2nye kenapa wanita diberi penghormatan yang besar untuk melahirkan...mendidik dan menjaga zuriat...dan terfikir juga mungkin inilah maksud kata2 'Disebalik setiap lelaki, pasti ada wanita dibelakangnya'
Labels: seditit nasehat dari ak......